Nama Panasonic Corporation

Selama 90 tahun sejak penubuhannya, nama syarikat ini sentiasa bermula dengan "松下" ("Matsushita"); sebelum dinamakan semula pada 1 Oktober 2008, namanya ialah "松下電器産業株式会社" ("Matsushita Electric Industrial Co., Ltd."), yang dipakai sejak tahun 1935[3][4]

Pada tahun 1927, pengasas syarikat menerima pakai jenama "ナショナル" ("National") untuk keluaran lampu terbarunya, sempena perkataan Inggeris "national" yang bererti "kebangsaan."[5] Pada tahun 1955, syarikat ini melabelkan pembesar suara dan audionya dengan jenama "PanaSonic" untuk tujuan eksport, iaitu kali pertama jenama "Panasonic" digunakan[6]. Syarikat ini mula menggunakan jenama "Technics" pada tahun 1965[6]. Penggunaan begitu banyak jenama ini bertahan berpuluh-puluh tahun lamanya.[6]

Pada tahun 2003, syarikat ini menjadikan "Panasonic" sebagai jenama globalnya, sambil memperkenalkan cogan kata "Panasonic ideas for life."[7] Syarikat ini mula menyatukan jenama-jenamanya kepada "Panasonic", dan pada Mac 2004, menggantikan jenama "National" bagi keluaran-keluarannya di luar Jepun.[7]

Pada 10 Januari 2008, syarikat ini mengumumkan hasratnya untuk menukar namanya menjadi "Panasonic Corporation" (bermula 1 Oktober 2008) serta menyatukan jenama "National" di Jepun kepada jenama sedunianya "Panasonic" (sehingga Mac 2010)[8]. Penukaran nama ini diluluskan oleh mesyuarat pemegang saham pada 26 Jun 2008.[9]

Rujukan

WikiPedia: Panasonic Corporation http://www.bloomberg.com/apps/news?pid=20601101&si... http://www.bloomberg.com/apps/quote?ticker=6752:JP http://money.cnn.com/magazines/fortune/global500/2... http://www.engadget.com/2006/01/19/panasonic-exiti... http://www.nyse.com/about/listed/lcddata.html?tick... http://www.reuters.com/article/rbssConsumerGoodsAn... http://www.reuters.com/finance/stocks/incomeStatem... http://zenobank.com/index.php?symbol=PC&page=quote... http://panasonic.co.jp/corp/news/official.data/dat... http://panasonic.co.jp/corp/news/official.data/dat...